News Update
Loading...

Resep Udang Kecil



Resep Udang Goreng Mentega Spesial Untuk Berbuka Puasa

Koleksi Aneka Resepi Udang Paling Sedap

Advertisement

Koleksi Aneka Resepi Udang Paling Sedap - Koleksi resepi berasaskan udang ini saya hasilkan kerana kesukaran saya mendapatkan idea untuk memasak udang dalam waktu-waktu terdesak. Ada ketikanya kita blur untuk masak apa dengan udang yang ada dalam freeze, kan? Lagi-lagi bagi wanita yang bekerja macam saya. Jadi dengan mengumpulkan pelbagai resepi udang dari blogger masakan dalam blog saya ini, mudahlah untuk saya merujuknya nanti. Haha... Di bawah ini ada berbagai resepi udang seperti udang masak lemak cili api, udang goreng tepung, udang masak masam manis, dan banyak lagi.
Koleksi resepi udang yang pertama saya ambil dari Dapur Tanpa Sempadan milik Mat Gebu. Bila tengok resepinya, mudah dan sukatannya pun senang diikuti oleh orang yang baru nak masak atau belajar masak, macam saya la...hihi Jom sama-sama kita belajar cara-cara masak lemak udang dengan nenas style Mat Gebu...

BAHAN-BAHANNYA:

5 - 6 ekor udang bersaiz besar (samada udang galah atau udang kaki merah) 1 biji nenas Sarawak saiz kecil 3 batang serai, dititik 2 helai daun kunyit, disiat 800 ml santan cair 400 ml pati santan 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

2 biji cili merah 20 biji cili padi 5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci belacan 2 biji buah keras 2 keping hirisan nenas 1/2 inci kunyit hidup CARA MEMBUATNYA:

1. Udang dikerat muncungnya, buang kotoran di hujung kepala udang, kerat sedikit kaki2nya. Cuci bersih dan toskan. 

2. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar2, ketepikan. 3. Masukkan udang, serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. 

4. Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap. 5. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

6. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...
Resepi Udang masam manis ini adalah olahan Amie's Little Kitchen. Cuba tengok gambar itu puas-puas. Rasa terliur kan? Boleh buat ke ni? Mestilah boleh...campak-campak je, haha...Tetapi awas ya, kalau tak jadi jangan patah semangat. Tengok resepinya betul-betul dan buat lagi. Hingga rasanya seperti citarasa chef, baru boleh eksyen..kan?

Bahan-bahan:

500 gram udang kertas saiz sederhana - bersihkan dan belah belakang 15 biji kacang manis - bersihkan dan potong 2 1/2 biji capsicum merah - potong dadu 1/2 biji capsicum kuning - potong dadu 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos tomato 3 sudu makan sos cili Thai garam / perasa pilihan jika perlu minyak
Bahan kisar: 3 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 5 biji cili merah 1 genggam udang kering - rendam hingga kembang

Cara:

1. Goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan. 2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan udang dalam kuali. 3. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. 4. Masukkan sos titam, sos tomato dan sos cili Thai. Gaul sebati. 5. Masukkan kacang manis, capsicum merah dan kuning. Masak sehingga kacang manis berubah warna. 6. Masukkan udang dan gaul rata. 7. Tambahkan garam / perasa pilihan jika perlu.

Resepi udang masak merah berempah saya kongsikan daripada blog Dapurku Sayang milik Dayang Jack. Cara memasaknya pun senang, cepat dan mesti hasilnya sedap...tengok je gambar pun dah mengancam, kan?

Bahan-bahan:
  • 500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
Bahan-bahan mesin/dikisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
  3. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
  6. Hidangkan setelah masak.
Aneka Resepi udang kali ini pula saya kongsikan dari Ilham Dapur pemilik blog namanya Maz, dan dalam banyak-banyak resepi udang goreng tepung/celup tepung, resepi dia yang agak mudah. Sukatannya pun agak tepat. Iya lah...kalau newbie yang tukang masak, mestilah nak sukatannya yang mudah diikuti. Betul tak dear? Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 15-20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit daun sup - dicincang halus, kli ni xbuh sbb xde
  • sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya - agak-agak la ye lebih kurang 1 cawan
  • minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada udang
Cara-cara: 1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, ((kita lap dengan tisu kitchen) kemudian lumurkan udang dengan tepung. Ketepikan 2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap... 

Resepi tomyam udang simple ini saya ambil dari blog Resepi Cikgu Ani. Resepinya mudah sangat. Dan ringkas. Bila saya tengok bahan-bahannya pun saya kenal. Haha...jadi, mesti boleh buat punya!

Bahan-bahannya:

  • 500 g udang saiz besar
  • Kobis bunga
  • 1 batang karot
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 sudu makan paste tomyam
  • 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 3 helai daun limau purut - dibuang batang tengahnya
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 inci lengkuas - dihiris nipis
  • 2 pokok daun sup - dicincang
  • 2 mangkuk air

Cara-caranya:

  1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bawang besar, serai dan lengkuas. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan paste tomyam dan karot. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kobis bunga dan daun limau purut. Biarkan mendidih lagi sekali. (Kalau nak pedas bolehlah dimasukkan cili padi yang dititik sahaja)
  4. Masukkan garam, serbuk perasa dan jus limau nipis. 
  5. Masukkan buah tomato dan daun sup. Kacau sebentar dan kuah mendidih.
  6. Tutup api. Baru masukkan udang. Kacau-kacau sebentar hingga kulit udang bertukar merah. (Kuah yang panas akan memasak udang tadi). 
  7. Sedia untuk dihidangkan.
 
Last sekali mari kita cuba buat nasi goreng udang. Saya ambil dari Dapurku Sayang milik Dayang Jack. Sebenarnya simple aje, campak-campak pun boleh jadi. Tetapi bila nak buat sesuatu, lebih baik ada panduan yang betul. Barulah rasa masakan kita itu boleh dikatakan sedap...hihi

Bahan-bahan:

  • 2 pinggan penuh nasi sejuk
  • 10 ekor udang basah
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3-4 biji cili padi (diketuk) - / +
  • sedikit sayur campur
  • 1 biji telur
  • garam dan lada sulah
  • sos ikan
  • kicap pekat/manis/masin secukupnya
  • daun bawang, bawang goreng untuk taburan
  • minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing. Kemudian, masukkan cili padi. Tumis lagi.
  2. Masukkan udang dan goreng lebih kurang 1 minit atau hingga airnya kering.
  3. Masukkan sos ikan, kicap pekat dan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebati.
  4. Masukkan sayur campur secukupnya. Gaul-gaulkan.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali tadi dan kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan nasi sejuk, kicap manis dan kicap masin. Goreng hingga masak.
  7. Setelah masak, taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.
Okay. Ada permintaan untuk saya share resepi udang goreng butter aka butter prawn. So, saya cari satu resepi yang mudah nak buat butternya. Hihi...maka saya pilih resepi dari Amie Kitchen untuk anda cuba pula. saya dah cuba dan memang menjadi. Lazat hingga licin pinggan...

Bahan-bahan:

500 gram udang - bersihkan, belah belakang dan gaul dengan sedikit garam / tak bubuh pun tak apa 2 sudu besar mentega 3 pelepah daun kari - lurutkan daunnya 10 biji cili padi - hiris 50 gram butter cereal seasoning powder (Serbuk Perencah Bijirin Mentega) minyak

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Dalam kuali lain, panaskan mentega dengan api perlahan. 3. Masukkan daun kari dan hirisan cili padi. Tumis hingga harum. 4. Masukkan udang dan gaul sebati dengan bahan tumis. 5. Padamkan api.

6. Masukkan Serbuk Perencah Bijiran Mentega (Butter cereal seasoning powder) dan gaul rata.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Koleksi aneka resepi udang paling sedap yang saya share di atas hanyalah sebagai rujukan dan panduan saya. Tetapi jika anda rasa koleksi resepi udang saya di atas sangat berguna, anda boleh sebar dan share, kan... 

Sebarkan Bahagia:

Gallery Resep Udang Kecil

Resep Tumis Udang Galah Pas Banget Untuk Makan Malam

Resep Udang Saus Tiram Spesial

Resep Udang Goreng Kering Oleh Mamixaviere Cookpad

18 Resep Udang Asam Manis Spesial Ala Restoran Rekomended

Bingung Dalam Mengolah Udang Coba 11 Resep Olahan Udang

Resep Goreng Tepung Udang Kecil Kriuk Oleh Irma Wahyuni

Resep Udang Kuah Kari Enak Ini Bikin Makan Jadi Lebih

Resep Udang Rebus 5 Bahan Lifestyle Fimela Com

5 Cara Sajikan Udang Untuk Anak Royco

Gorengan Udang

Resep Udang Goreng Tamarind Dalam 15 Menit Just Try Taste

Resep Udang Goreng Tepung Ebi Furai

2017 Udang Kering Ikan Kecil Resep Buy Resep Kering Ikan Udang Kering Resep Kecil Udang Kecil Resep Product On Alibaba Com

1 732 Resep Udang Kecil Enak Dan Sederhana Cookpad

46 891 Resep Udang Kres Enak Dan Sederhana Cookpad

Coba Resep Bakso Udang Goreng Cruncy Dan Gurihnya Bikin Si

Sambal Goreng Udang

Resep Sambal Germut Udang Kecil

Resep Masakan Udang Kecil Asam Pedas Aneka Resep Masakan

Resep Udang Kecil Oseng Kemangi Oleh Rini Ummu Abid Cookpad

Resep Tumis Udang Pedas Manis

5 Resep Masakan Udang Yang Bisa Kamu Jadikan Referensi

Bingung Dalam Mengolah Udang Coba 11 Resep Olahan Udang

Resep Masak Udang Kecil Tanipedia Co Id

Tumis Kacang Panjang Udang

Resep Udang Goreng Kunyit Just Try Taste


Komentar

Postingan Lebih Baru Postingan Lama